Pakej berpantang
Harga semua bilik dalam satu jadual, berserta kandungan pakej mengikut tempoh, deposit dan cara menempah.
Termasuk dalam pakej
Dengan bilik air sendiri dan katil bayi.
Dirancang khas untuk ibu berpantang. Maklumkan kepada kami jika ada alahan.
Bengkung, mandian herba dan tuam, mengikut tradisi.
Dijaga oleh pasukan wanita.
Jadual harga
| Tempoh | StandardLily, Orchid | ExclusiveDaisy, Hydrangea, Rose | PremiumJasmine, Dahlia | |
|---|---|---|---|---|
| 3 hari 2 malamRehat singkat | Tanya | |||
| 7 hari 6 malamMinggu pertama | Tanya | |||
| 14 hari 13 malamDua minggu | Tanya | |||
| 21 hari 20 malamTiga minggu | Tanya | |||
| 28 hari 27 malamEmpat minggu | Tanya | |||
| 44 hari 43 malamPantang penuh | Tanya |
Harga promosi sah hingga 31 Disember 2026 (harga asal dicoret). Bayaran: deposit RM1,000 untuk mengesahkan tarikh, 50% daripada baki dijelaskan 30 hari sebelum daftar masuk, dan baki selebihnya 7 hari sebelum daftar masuk. Kad kredit diterima di kaunter Roseville. Deposit tidak dikembalikan jika tempahan dibatalkan; lihat polisi penuh.
Ahli KOPETRO yang sah serta keluarga layak menikmati diskaun 20% daripada harga asal bagi pakej 7 hingga 44 hari, berkuat kuasa 1 Ogos 2026. Kelayakan disemak melalui nombor keahlian, pangkalan data KOPETRO, borang QR atau kaedah lain yang diluluskan KOPETRO. Tertakluk kepada pakej dan kekosongan.
Semak kelayakan KOPETRORoseville ialah pusat penginapan dan jagaan selepas bersalin, bukan klinik, dan tidak menyediakan rawatan perubatan.
Jika ibu atau bayi perlukan pemeriksaan, termasuk ujian kuning (jaundis) bayi, kami bantu aturkan temu janji di klinik atau hospital pilihan ibu. Rawatan dan bayaran adalah terus dengan pihak berlesen tersebut.
Pilih tempoh
Dari RM2,000
Bilik Standard, harga promosi
Rehat singkat selepas bersalin dengan empat hidangan sehari, mandian herba dan bunga, serta jagaan bayi 24 jam sebelum anda sambung berpantang di rumah.
TanyaDari RM6,100
Bilik Standard, harga promosi
Minggu pertama selepas bersalin. Termasuk urutan tradisional seluruh badan, foot spa, tungku, param, pilis, tapel, bengkung, serta lulur badan atau sauna.
TanyaDari RM10,300
Bilik Standard, harga promosi
Rehat dua minggu. Merangkumi semua dalam pakej 7 hari berserta cuci rambut.
TanyaDari RM14,400
Bilik Standard, harga promosi
Rehat tiga minggu. Merangkumi semua dalam pakej 14 hari berserta facial.
TanyaDari RM18,000
Bilik Standard, harga promosi
Rehat empat minggu. Merangkumi semua dalam pakej 21 hari.
TanyaDari RM32,100
Bilik Standard, harga promosi
Pantang penuh 44 hari mengikut adat. Merangkumi semua dalam pakej 21 hari.
Tanya
Bilik Premium
Jasmine dan Dahlia ialah bilik Premium kami, bilik paling luas untuk penginapan yang panjang dan tenang. Selain bilik air sendiri, katil bayi dan tingkap, bilik ini dilengkapi peti sejuk mini, ketuhar gelombang mikro dan tilam tambahan. Pakej Premium bermula RM2,700 untuk 3 hari 2 malam.
Perkhidmatan tambahan
Boleh ditambah semasa menginap.
Rawatan spa seperti urutan, lulur, sauna, mandian, cuci rambut dan facial boleh ditambah mengikut harga menu spa.
Baca panduan “Berpantang Berapa Hari?”: adat 44 hari, dan bila 14 atau 28 hari mungkin memadai.
Baca panduanDapatkan anggaran tarikh pantang dan masa sesuai untuk menempah.
Pelan Pantang PercumaDi Roseville, Bangi Gateway, harga promosi pakej bermula RM2,000 untuk 3 hari 2 malam di bilik Standard hingga RM36,200 untuk 44 hari 43 malam di bilik Premium, sah sehingga 31 Disember 2026. Setiap pakej merangkumi empat hidangan pantang sehari serta jagaan ibu dan bayi 24 jam. Harga penuh tertera dalam jadual pakej di atas.
Pakej bermula 3 hari 2 malam hingga 44 hari 43 malam, dalam tiga kategori bilik. Harga penuh ada dalam jadual pakej di atas.
Tempah lawatan atau hubungi kami melalui WhatsApp untuk menyemak kekosongan. Bayar deposit RM1,000 untuk mengesahkan tarikh, kemudian 50% daripada baki dijelaskan 30 hari sebelum daftar masuk dan baki selebihnya 7 hari sebelum daftar masuk. Bayaran boleh dibuat melalui pindahan wang segera atau kad kredit di kaunter Roseville.
Deposit RM1,000 dibayar semasa tempahan dibuat dan ditolak daripada harga keseluruhan pakej. Sebanyak 50% daripada baki perlu dibayar 30 hari sebelum daftar masuk, manakala baki selebihnya dijelaskan 7 hari sebelum daftar masuk; kelewatan bayaran boleh menyebabkan tempahan dibatalkan. Jika tempahan dibatalkan, deposit RM1,000 tidak dikembalikan. Pembatalan kurang daripada 14 hari sebelum tarikh daftar masuk tidak layak untuk sebarang bayaran balik.
Boleh. Bayaran menggunakan kad kredit boleh dibuat di kaunter Roseville di Plaza Bangi Perdana, Bangi Gateway. Pindahan wang segera juga diterima.
Ada. Roseville ialah panel rasmi KOPETRO. Ahli KOPETRO yang sah serta keluarga layak menikmati diskaun 20% daripada harga asal bagi pakej 7 hingga 44 hari. Hubungi kami untuk menyemak kelayakan.
Ya. Caj tambahan RM400 sehari dikenakan bagi setiap hari cuti umum yang diwartakan dalam tempoh penginapan. Hubungi kami untuk mendapatkan senarai cuti umum yang terpakai bagi tarikh anda.
Tarikh tempahan biasanya diselaraskan kira-kira 7 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin. Jika bayi lahir lebih awal atau lewat, maklumkan kepada kami untuk meminda tarikh daftar masuk, tertakluk kepada kekosongan bilik pada masa itu. Bagi pertukaran yang dirancang, buat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh asal.
Kongsikan tarikh jangkaan bersalin dan bilik pilihan anda. Kami akan maklumkan kekosongan yang ada.