Tentang Roseville
Jagaan selepas bersalin, ruang peribadi untuk berehat, dan sokongan untuk minggu pertama menjadi ibu.
Kisah kami
Roseville Confinement Villa & Spa menggabungkan jagaan selepas bersalin, spa wanita dan penginapan peribadi yang selesa di Bangi.
Pendekatan kami menggabungkan amalan berpantang tradisi Melayu dengan bimbingan untuk ibu dan bayi. Daripada hidangan harian hinggalah rutin bayi, setiap aspek penginapan dirancang supaya ibu lebih terjaga sepanjang tempoh pemulihan.

Nilai kami
Bilik peribadi dan bilik air sendiri, ruang untuk pulih dengan selesa.
Jagaan dan sokongan yang mengutamakan keselesaan ibu.
Hidangan pantang dirancang khas untuk ibu. Maklumkan kepada kami jika ada alahan.
Bengkung, mandian herba dan terapi tradisional dijelaskan satu per satu oleh pasukan kami.
Pasukan kami





Kami menyediakan penginapan, makanan pantang, jagaan harian ibu dan bayi, dan spa wanita. Untuk pemeriksaan atau sebarang kebimbangan kesihatan ibu atau bayi, sila berjumpa doktor di klinik atau hospital.
Rose Omnicare Sdn Bhd (1361290-T) · Premis berlesen Majlis Perbandaran Kajang (akaun lesen LBUS-12972), sah hingga 31 Disember 2026.
Bukan. Roseville ialah pusat jagaan selepas bersalin dan spa wanita. Untuk pemeriksaan dan sebarang kebimbangan kesihatan, ibu dan bayi perlu berjumpa doktor di klinik atau hospital.
Penjaga dan terapis wanita, ruang solat dan arah kiblat dalam bilik, serta bahan daripada pembekal bersijil halal.
Teruskan temu janji di klinik atau hospital anda seperti biasa. Jika perlu, kami boleh bantu aturkan temu janji di klinik atau hospital pilihan ibu.