Soalan lazim

Soalan lazim: jawapan jelas sebelum anda bertanya.

Tempahan, penginapan, spa dan kesihatan ibu serta bayi.

Paling kerap ditanya

Berapa lama pakej berpantang di Roseville?

Pakej bermula 3 hari 2 malam hingga 44 hari 43 malam, dalam tiga kategori bilik. Harga penuh ada dalam jadual pakej di atas.

Adakah Roseville menyediakan doktor?

Tidak. Roseville ialah pusat penginapan dan jagaan selepas bersalin, bukan klinik. Jika perlu pemeriksaan, kami bantu aturkan temu janji di klinik atau hospital pilihan ibu.

Boleh suami atau anak lain tinggal bersama?

Boleh. Suami dan anak-anak dibenarkan tinggal bersama ibu sepanjang tempoh berpantang di Roseville.

Saya berpantang di rumah. Boleh guna spa sahaja?

Boleh. Roseville Muslimah Spa dibuka untuk semua wanita, termasuk ibu yang berpantang di rumah. Tempah slot melalui WhatsApp.

Apa maksud mesra syariah di Roseville?

Penjaga dan terapis wanita, ruang solat dan arah kiblat dalam bilik, serta bahan daripada pembekal bersijil halal.

Bagaimana cara tempah dan bayar?

Tempah lawatan atau hubungi kami melalui WhatsApp untuk menyemak kekosongan. Bayar deposit RM1,000 untuk mengesahkan tarikh, kemudian 50% daripada baki dijelaskan 30 hari sebelum daftar masuk dan baki selebihnya 7 hari sebelum daftar masuk. Bayaran boleh dibuat melalui pindahan wang segera atau kad kredit di kaunter Roseville.

Tempahan & bayaran

Bilakah masa sesuai untuk menempah?

Seawal tarikh jangkaan bersalin diketahui, kerana Roseville hanya mempunyai 7 bilik. Tempah lawatan vila dahulu, kemudian kami bantu sahkan tarikh.

Berapakah jumlah deposit, bilakah baki perlu dibayar dan apakah polisi pembatalan?

Deposit RM1,000 dibayar semasa tempahan dibuat dan ditolak daripada harga keseluruhan pakej. Sebanyak 50% daripada baki perlu dibayar 30 hari sebelum daftar masuk, manakala baki selebihnya dijelaskan 7 hari sebelum daftar masuk; kelewatan bayaran boleh menyebabkan tempahan dibatalkan. Jika tempahan dibatalkan, deposit RM1,000 tidak dikembalikan. Pembatalan kurang daripada 14 hari sebelum tarikh daftar masuk tidak layak untuk sebarang bayaran balik.

Bagaimana jika bayi lahir lebih awal atau lewat?

Tarikh tempahan biasanya diselaraskan kira-kira 7 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin. Jika bayi lahir lebih awal atau lewat, maklumkan kepada kami untuk meminda tarikh daftar masuk, tertakluk kepada kekosongan bilik pada masa itu. Bagi pertukaran yang dirancang, buat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh asal.

Bolehkah bayaran dibuat dengan kad kredit?

Boleh. Bayaran menggunakan kad kredit boleh dibuat di kaunter Roseville di Plaza Bangi Perdana, Bangi Gateway. Pindahan wang segera juga diterima.

Adakah caj tambahan dikenakan pada hari cuti umum?

Ya. Caj tambahan RM400 sehari dikenakan bagi setiap hari cuti umum yang diwartakan dalam tempoh penginapan. Hubungi kami untuk mendapatkan senarai cuti umum yang terpakai bagi tarikh anda.

Adakah harga istimewa disediakan untuk ahli KOPETRO?

Ada. Roseville ialah panel rasmi KOPETRO. Ahli KOPETRO yang sah serta keluarga layak menikmati diskaun 20% daripada harga asal bagi pakej 7 hingga 44 hari. Hubungi kami untuk menyemak kelayakan.

Semasa menginap

Boleh suami bermalam?

Boleh. Suami dibenarkan tinggal bersama ibu sepanjang tempoh berpantang di Roseville, tanpa caj tambahan.

Bilakah waktu daftar masuk dan daftar keluar?

Daftar masuk antara 3.00 dengan 6.00 petang, manakala daftar keluar sebelum 12.00 tengah hari. Hari kemasukan dikira sebagai hari pertama penginapan. Caj daftar keluar lewat ialah RM50 sejam.

Bilakah waktu melawat?

Waktu melawat ialah 2.00 hingga 4.00 petang dan 8.00 hingga 10.00 malam. Waktu ini ditetapkan supaya ibu ada ruang dan masa yang cukup untuk berehat dengan tenang sepanjang tempoh berpantang.

Apakah kelengkapan yang sudah disediakan?

Tuala, telekung dan kelengkapan mandi (sabun badan dan syampu sahaja).

Bagaimana dengan makanan dan alahan?

Empat hidangan pantang disediakan sehari. Maklumkan kepada kami sebarang alahan dan pantang larang keluarga semasa menempah.

Kesihatan ibu & bayi

Adakah Roseville klinik?

Bukan. Roseville ialah pusat jagaan selepas bersalin dan spa wanita. Untuk pemeriksaan dan sebarang kebimbangan kesihatan, ibu dan bayi perlu berjumpa doktor di klinik atau hospital.

Bagaimana dengan pemeriksaan selepas bersalin?

Teruskan temu janji di klinik atau hospital anda seperti biasa. Jika perlu, kami boleh bantu aturkan temu janji di klinik atau hospital pilihan ibu.

Spa

Boleh tempah spa tanpa menginap?

Boleh. Semua rawatan spa boleh ditempah secara berasingan, termasuk Pakej Penutup Pantang.

Adakah rawatan spa ini rawatan perubatan?

Tidak. Rawatan spa adalah untuk keselesaan dan kesegaran badan, bukan untuk merawat penyakit.

Soalan anda tiada di sini?

Pasukan kami akan membalas pada waktu pejabat.

Tanya kami
error: Content is protected !!
×