Kalkulator percuma

Kira hari pantang: bila habis pantang anda?

Masukkan tarikh bersalin. Dapatkan tarikh hari ke-14, 28, 40 dan 44, pemeriksaan selepas bersalin dan minggu yang sesuai untuk penutup pantang.

Tarikh anda dikira pada peranti anda sahaja dan tidak disimpan oleh Roseville.

Cara kiraan

Bagaimana tarikh ini dikira

  • Hari bersalin = hari pertamaHari ke-44 jatuh 43 hari selepas tarikh bersalin. Jika keluarga anda mula mengira esoknya, tambah satu hari.
  • Pemeriksaan selepas bersalinWHO mengesyorkan pemeriksaan pada 2 hingga 3 hari, 7 hingga 14 hari dan minggu keenam selepas bersalin.
  • Minggu penutup pantangTiada hari tetap. Kalkulator menunjukkan minggu terakhir tempoh pantang yang anda pilih.

Dapatkan bantuan segera jika

  • Pendarahan banyak, demam atau sakit kepala teruk.
  • Luka czer bernanah, sakit betis atau sesak nafas.
  • Terfikir untuk mencederakan diri.

Soalan lazim

Tentang kiraan hari pantang

Bagaimana cara kira hari pantang?

Kalkulator ini mengira hari bersalin sebagai hari pertama, sama seperti Pelan Pantang kami. Jadi, hari ke-44 jatuh 43 hari selepas tarikh bersalin. Ada keluarga yang mula mengira dari hari selepas bersalin; jika begitu, tambah satu hari pada setiap tarikh. Berpantang berapa hari?

Habis pantang hari ke berapa?

Ikut adat Melayu, pantang penuh lazimnya 40 hingga 44 hari, dan ada keluarga yang memilih 14 atau 28 hari. Dari sudut perubatan, tempoh selepas bersalin ialah enam minggu pertama, kira-kira 42 hari. Berpantang berapa hari?

Pantang bersalin czer berapa hari?

Tiada tempoh khas untuk czer. Adat tetap 40 hingga 44 hari, dan pemulihan biasanya kira-kira enam minggu. Dapatkan kebenaran doktor dahulu sebelum bengkung, urut, tungku atau sauna. Panduan pantang czer

Penutup pantang hari ke berapa?

Tiada hari tetap. Ramai membuatnya menjelang hujung pantang, contohnya minggu terakhir pantang 44 hari. Jika bersalin czer atau ada masalah kesihatan, dapatkan pengesahan doktor dahulu. Penutup pantang hari ke berapa?

Tarikh dalam kalkulator ini ialah anggaran ikut kiraan adat dan garis panduan umum. Ia bukan nasihat perubatan; sila ikut nasihat doktor anda.

Rancang minggu penutup pantang anda.

Tanya kami tentang Pakej Penutup Pantang di Roseville Muslimah Spa melalui WhatsApp.

Tanya kami
error: Content is protected !!
×