Pakej Penutup Pantang

Pakej Penutup Pantang di Bangi. Akhiri pantang dengan tenang.

Satu sesi panjang di Roseville Muslimah Spa: urutan seluruh badan, tuam, lulur, mandian herba dan sauna, oleh terapis wanita dalam ruang tertutup. Untuk ibu yang berpantang di rumah atau di pusat berpantang. Untuk keselesaan, bukan rawatan perubatan.

Termasuk dalam pakej

Lapan penjagaan dalam satu sesi

  • Sauna inframerah jauhSesi haba kering yang pendek.
  • Spa kakiRendaman dan penjagaan kaki.
  • Urutan seluruh badanUrutan tradisional, tekanan ikut keselesaan anda.
  • Urutan sengkakUrutan perut cara tradisional.
  • Urutan payudara selepas bersalinUrutan lembut untuk keselesaan ibu yang menyusu.
  • Tuam seluruh badanTuam hangat untuk seluruh badan.
  • Lulur seluruh badanSkrub badan.
  • Mandian herbaMandian air suam berherba.
Bilik Roseville Muslimah Spa di Bangi Gateway

Sesuai untuk

  • Ibu yang berpantang di rumah
  • Ibu yang hampir tamat tempoh pantang
  • Hadiah daripada suami atau keluarga

Roseville Muslimah Spa terbuka kepada semua wanita, tanpa perlu menginap di vila.

Masa yang sesuai

Bila boleh buat penutup pantang?

Bersalin normal

Ramai ibu menjalani penutup pantang menjelang akhir tempoh pantang. Pilih tarikh yang sesuai dengan tempoh pantang anda.

Bersalin czer

Tunggu sehingga luka sembuh dan doktor membenarkan urutan, tuam dan sauna. Beritahu kami jika anda bersalin secara czer.

Belum pasti?

Hantar tarikh bersalin dan jenis kelahiran melalui WhatsApp. Kami bantu cadangkan tarikh.

Baca juga: penutup pantang hari ke berapa · pantang czer

Tanya doktor dahulu jika anda

  • masih mengalami pendarahan yang banyak atau berbau
  • demam
  • ada luka jahitan atau luka czer yang belum sembuh
  • ada darah tinggi semasa atau selepas hamil
  • sakit atau bengkak pada sebelah kaki

Roseville ialah pusat jagaan dan spa wanita, bukan klinik atau hospital.

Cara menempah

Tiga langkah mudah

  • WhatsApp kamiBeritahu tarikh bersalin, jenis kelahiran (normal atau czer) dan tarikh pilihan anda.
  • Kami sahkan slotKami balas dengan slot yang ada.
  • Datang ke spaPlaza Bangi Perdana, Bangi Gateway, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Lokasi spa

Di Plaza Bangi Perdana, Bangi Gateway

Nama
Roseville Confinement Villa
Alamat
No. 2-17 & 2-18, Plaza Bangi Perdana, Jalan Gerbang Wawasan 1, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon
Telefon & WhatsApp: 011-5559 9174
Talian pejabat: 03-8925 9174
Waktu operasi
Lawatan premis 9.00 pagi hingga 6.00 petang, dengan temu janji. Jagaan penghuni 24 jam.

Soalan lazim: spa

Boleh tempah spa tanpa menginap?

Boleh. Semua rawatan spa boleh ditempah secara berasingan, termasuk Pakej Penutup Pantang.

Adakah rawatan spa ini rawatan perubatan?

Tidak. Rawatan spa adalah untuk keselesaan dan kesegaran badan, bukan untuk merawat penyakit.

Saya berpantang di rumah. Boleh guna spa sahaja?

Boleh. Roseville Muslimah Spa dibuka untuk semua wanita, termasuk ibu yang berpantang di rumah. Tempah slot melalui WhatsApp.

Lihat semua soalan lazim

Hadiahkan penutup pantang kepada isteri atau ibu tersayang.

Tanya tarikh dan slot melalui WhatsApp.

Tanya kami
error: Content is protected !!
×